Tuesday 8 November 2011

Apa perasaan?

Kadang2 terfikir..perlu ke nak marah2? Perluke nak merajuk? perlu ke nak makan hati bagai? xboleh ke nak berbaik2? xboleh ke nak mengalah? xboleh ke nak bertolak ansur, bersabar?

Bagi aku, marah tu perlu..dan kadang2 kita perlu tunjuk rasa marah tu. Supaya orang tau yang kita tgh marah dan orang tak kan kacau kita. Dan perasaan marah tu juga menunjukkan yang kita tak suka dengan apa yang berlaku waktu itu. Tapi kenapa ada orang yang nak marah sampai x bercakap langsung dengan orang lain?

Bila aku marah, aku akan diam. Dan aku takkan bercakap dengan orang. Diam selagi aku mampu. Tapi diam2 aku, bukan menunjukkan yang aku ni lemah atau aku ni bodoh ke atau aku ni bengap ke..no. Aku diam tanda aku hormat. Aku diam bermaksud aku tak suka. Dan aku mmg xkan suka orang yang buat aku marah tu.

Aku akan makan hati,merajuk,diam xbercakap dan simpan rasa marah tu bila aku dimarahi atas benda yang bukan salah aku. Agak susah bagi aku untuk let go perasaan marah tu..ya,mungkin aku ni jenis penyimpan..tapi aku bukan PENDENDAM. Dan aku jenis yang memilih kawan. bagi aku, aku lebih pentingkan kualiti dari kuantiti. Peduli la orang nak kata aku sombong ker, aku bermasalah ker, xbersosial ke..aku xkisah semua tu. Aku nak jadi diri aku.

Bila aku dh bekerja dan jumpa ramai orang,berurusan dengan orang..aku dapat lihat ramai orang yang hipokrit. Tak slah kalau aku katakan kat sini, aku xsuka orang yang hipokrit. Dan orang yang mcm ni yang aku selalu elak utk bekerjasama.Mula2 dulu aku cuba untuk hindar kan perasaan xselesa,tapi aku xboleh..
aku bertambah jadi xikhlas dan xmampu nak bekerjasama lagi. Mungkin aku muda dan berdarah remaja. Budak mentah lagi. Ya aku mengaku aku metah dan baru setahun jagung..tapi bukan ke aku perlu diberi tunjuk ajar dari dimarah2 tanpa sebab?

Aku boleh bersabar..aku boleh bertolak ansur..tapi aku xmampu nak jadi hipokrit. Kalau orang tak suka cara aku bekerja,cara aku berinteraksi dengan orang..aku xkisah langsung..kalau orang xnak berkawan dengan aku,xmenjadi kudis bagi aku benda2 ni semua. Mungkin inilah titik tolak nya bg aku utk menerima org itu sebagi kawan.